Dec 7
Fast Update:Setelah Sekian Lama
Posted by admin in Uncategorized on 12 7th, 2008| icon38 Comments »

Wah sedar tak sedar sudah hampir sebulan blog ini tak berupdate walaupun aku rasa seperti baru hari lepas aku login ke control panel ini.

Banyak peristiwa telah berlaku sepanjang bulan ini dan ini membuatkan aku agak sedih kerana tak sempat berkongsi dengan kau semua.

Aku sibuk!sibuk!sibuk mungkin itulah sebab yang paling utama kenapa aku tak punya masa untuk menulis entri baru. Aku sibuk membina website-website tanpa bergaji. Tu belum kira di kolej, baru masuk semester baru lebih banyak cabaran dan masalah awal-awal sem ini

Walaubagaimana pun aku akan pastikan selepas dua lepas ini akan aku berusaha untuk update blog ini dengan artikel-artikel yang lebih menarik.

Nov 3
Giveaway of the semester?!
Posted by admin in TheFreeGift, Thewhatisee on 11 3rd, 2008| icon310 Comments »

Pejam celik pejam celik dah 5 hari aku tak update blog aku.Aku busy membina website - kerja freelance aku di waktu cuti.Iyelah dapat juga aku menambah sikit lagi pengetahuan aku dalam dunia css, joomla, flash, fireworks dan kawan-kawannya.Apa url website yang aku buat?Nantilah bila aku dah siap aku tunjuk.

Pejam celik pejam celik juga dah nak tamat dah cuti sem aku.Cuti sem kali ini aku lebih banyak habiskan masa di rumah.Atau lebih spesifik di depan laptop samada aku menggoggle, mendota, atau menambah ilmu dalam bidang pengkomputeran.

Untuk pembaca blog aku.Sempena cuti sem aku yang dah nak abis ni.Meh sini aku nak bagi kat kau semua Flash Intro Template Pro Edition yang aku songlap dari Template Monster. Bukan 1 tapi 3 flash intro template untuk kau semua.Bolehlah kalau nak wat intro untuk meeting-meeting kelab kau di universiti

UNTUK DOWNLOAD KAU RIGHT CLICK DAN SAVE FILE AS/SAVE LINK AS

intro pertama

aku ambil dari sini

lihat di sini

download di sini

intro kedua

aku ambil dari sini

lihat di sini

download di sini

intro ketiga

aku ambil dari sini

lihat di sini

download di sini

Eh?bukan aku cakap 3 ke?Ha ha kau semua bertuah sebab aku macam tak tau kira sikit malam ni jadi aku terbagi 5

intro keempat

aku ambil dari sini

lihat di sini

download di sini

intro kelima

aku ambil dari sini

lihat di sini

download di sini

AKAN AKU DELETE PADA SABTU 8NOV-2PAGI

Dunia artis memang sukar diduga.Tu lah ramai orang kata jangan kahwin dengan artis kau nak kahwin juga.Kesian kat kau abby abadi.Kalau kau kahwin dengan aku dulu mesti kau dah bahagia. aku dah bahagia.Jantan macho lupa daratan tu juga yang kau pilih.Aku malas nak komen banyak tentang isu itu sebab aku tak suka ambil tahu pon tentang dunia artis.Cuma aku harap kita ambillah iktibar daripada peristiwa itu.

ps: File flash tu aku akan delete selepas 5 hari.Sayang bandwith.

pps:Kepada Syarikat Template monster maafkan aku berkongsi produk kau dengan semua.Jangan saman aku.Aku orang susah.

Oct 27

Joget-joget.Pusing-pusing sampai pening.Kebanyakan dari kau semua pasti dah tau tentang rancangan sehati berdansa ni.Kesikitan dari kau yang belum tahu tu, aku beritahu secara ringkas.Sehati berdansa-rancangan realiti tv menari terbaru melibatkan artis , pasangan , koreografer dan kebajikan.

Terus terang aku katakan aku lihat banyak kebaikan dalam rancangan realiti tv ini kalau dibandingkan dengan realiti tv yang lain seperti akademi fantasia aku khususkan.Walaupun niat utama  si pengajur adalah untuk mengaut untungan berjuta ringgit tapi ah ketepikan benda yang tak boleh dielakkan itu.Mari kita lihat dari sudut positif.

Setiap pasangan artis yang berdansa mewakili badan-badan kebajikan di Malaysia.Jika artis itu bertahan untuk minggu itu,RM1000 akan diberikan kepada setiap rumah kebajikan.Kata lain, kalau artis itu kekal berdansa hingga minggu ke tujuh , rm7000 akan diberikan kepada rumah kebajikan masing-masing.Walaupun derma ke rumah kebajikan itu adalah mungkin taktik dari pihak penganjur untuk membuat orang mengundi (iyelah derma semua tu pakai duit kau yang mengundi.rm1000 bkn rm10 000 seminggu.Lebih-lebih tu masuk poket penganjur) tapi setidaknya terbela juga nasib penghuni-penghuni rumah kebajikan tersebut.

Peserta-peserta terdiri dari pasangan artis.Yang sudah berkahwin saja, yang sedang bercinta atau sedang digossip mereka tak ambil.Itu juga bagus.Kau tahu kan tarian itu nanti perlu ada pelukan-pelukan intim dalam pakaian yang ketat-ketat jadi pasti akan timbul satu isu jika peserta diambil dari artis yang baru bercinta.Mengambil pasangan artis yang sudah berkahwin ini aku lihat beri beberapa kebaikan.

1-Mengeratkan lagi hubungan pasangan tersebut.Yalah kan sekarang ni dah ramai artis yang bercerai sukar lagi untuk dibilang dengan jari.Aku tak nak ulas panjang tentang perceraian artis-artis tu dan malas nak ungkai sebab sebenar mereka bercerai walau pelbagai teori tengah berputar di otakku.Jadi dengan wujudnya sehati berdansa, pasti pasangan artis boleh mengeratkan lagi hubungan suami-isteri.Hubungan makin erat - Kuranglah perceraian.

2-Eratkan juga hubungan suami-isteri yang menonton.Kalau kau nak tahu lebih ramai lagi di luar dunia selebriti sana yang bercerai.Cuma tidak keluar bintang popular jadi manalah kita nak tau.Bagi aku kalau pasangan suami isteri tonton rancangan ini tentu mereka akan termotivasi dengan keakraban pasangan dalam sehati berdansa.Bolehjadi habis saja rancangan itu, laki bini lari naik masuk bilik, kunci pintu dan menari.Mungkin ingin cuba rentak tarian yang baru ditonton tadi.

Bagi aku menari itu adalah kool.Jadi aku suka tonton rancangan ini.Kelakar juga melihat setengah dari mereka yang macam kayu tapi tak bolehlah gelak kuat sangat sebab macamlah aku tau menari.Tapi aku kira peserta pertandingan ini betul-betul berusaha dalam menjayakan tarian masing-masing.Bukan macam peserta pertandingan akademi fantasia yang nyanyi lagu pon tak semangat.Oh ya.Mungkin program ini boleh jadi sangat baik dan lebih murni kalau tiada sms undi ke 32999.Kan best kalau 100% nasib mereka ditangan juri.Nampak lebih murni niat penganjur untuk menolong badan kebajikan.Tak gitu?

Kepada kau semua yang nak lihat mereka menari, hari sabtu jam 9 malam kau astro RIA.Jom menari!

PS:Banyak juga keburukan program ini cuma aku mahu jadi lebih optimis.

PPS:Aku suka lihat linda jasmine menari.Terliur bangat ^_^

Oct 25
Mobile Number Portability?
Posted by admin in Thewhatisee on 10 25th, 2008| icon34 Comments »

Kemudahalihan nombor telefon?bunyi yang agak pelik dalam bahasa malaysia jadi aku fikir elok aku guna saja dalam bahasa english dan aku ringkaskan mobile number portability (MNP).Harap kau faham.

Sebelum ini kita ada dengar desas-desus yang megatakan mnp ini akan dimplimentasikan di malaysia dan kini impian segelintir dari kau semua (mungkin) dan tercapai.Mungkin ada di antara kau semua yang masih terkebil-kebil tak tahu apa itu MNP?untuk pengetahuan kau semua MNP adalah dasar baru kerajaan atau lebih spesifik lagi dasar baru Kementerian Tenaga, Air dan Telekomunikasi idea dari menterinya Datuk Shaziman Abu Mansor.Ringkasnya dengan dasar MNP ini kau aku pengguna maxis tanpa rasa bersalahnya boleh tukar dari telco maxis ke telco digi tanpat aku ubah nombor telefon aku.Jadi kau semua jangan terkejut kalau suatu hari nanti kau telefon aku pakai number maxis kau (siap taruk dalam activ5 lagi) tapi seminit 50sen!

Katanya MNP ini wujud untuk memudahkan pengguna-pengguna sendiri.Yela kalau kau nak tuka ke telco dan kau ade satu ribu kenalan aku andaikan.Pasti lelah kau nak beritahu semua kenalan kau tu yang kau dah tuka nombor.Jadi dengan wujudnya dasar ni masalah kau selesai.Kau boleh tukar nombor dan duduk senyap-senyap anggap tak ada apa yang berlaku.Senang kan kerja kau?

Kerja orang lain?

Aku yang dulu anggap kau pakai maxis…tanpa segan-segan mesej kau bagitahu nak gi makan tunggu aku jup..tup-tup turun kredit aku 15sen.Tu satu mesej.Kalau lepas seminggu baru aku tahu kau dah tukar digi??

Aku tak tahu ape perasaan orang atasan digi,celcom atau maxis bila mereka dapat tahu tentant MNP ini.Mungkin diorang berfikiran positif dan anggap wah!ini sudah bagus mesti diorg tukar pergi telco aku!Tapi bayangkanlah kalau maxis digi dan celcom sudah tak punya lagi identiti sendiri.Mungkin lepas ni kadar pengguna celcom maxis dan digi jadi 1:1:1 (dalam nisbah).Semakin lama aku rasa pengguna dah tak kisah.Mungkin tak lam lagi membeli telco sudah jadi seperti membeli pen.“mana-mana pon boleh…sama je…”

tapi kau harus kisah dengan servis yang rangkaian-rangkaian itu tawarkan.Kau lihat perbandingan yang aku ambil dari website digi!Kini digi?bukankah itu bias namanya?Sebab website digi sahaja yang berani menyimpulkan perbandigan seperti ini.

Jadi kau semua rasa MNP ini menguntungkan siapa?Renung-renungkanlah…selamat berfikir..

ps:Kalau kau punya cuti yang panjang..tanpa duit..apa yang kau buat??

« Previous Entries